Syarat penting untuk mengundi dalam pilihan raya adalah mendaftar dengan SPR. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika:
- Seorang warganegara Malaysia.
- Berum ur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
- Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
- Tidak hilang kelayakan
HILANG KELAYAKAN PEMILIH
Seorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya dirinya:
- Tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara pada tarikh kelayakan.
- Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
- Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
- Telah memprolehi kerakyatan asing.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Semakan daftar pemilih dijalankan sepanjang tahun, daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali, kemudian pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Perkara ini disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.
KELAYAKAN CALON
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
- Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
CALON KEHILANGAN KELAYAKAN SEKIRANYA:
- Tidak siuman
- Bankrap
- Memegang jawatan berkepentingan office of profit.
- Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raa.
- Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia.
- Telah memprolehi kerakyatan asing.
e
ReplyDelete