Tuesday 13 October 2015

RUJUKAN

  • Buku rujukan pengajian malaysia (DUB) khusus untuk pelajar politeknik malaysia
  • laman seswang
  • http.wikipedia/proses pilihan raya
  • http.stpm.blogspot/pilihan raya
  • majalah
  • surat khabar
  • perpustakaan politeknik
  • www.sprm.com
  • jurnal

TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT

Pilihan raya adalah penting terhadap pembangunan masyarakat yang holistik.Ini adalah kerana pilihan raya dapat memupik masyarakat bertanggungjawab terhadap pemilihan kerajaan terhadap sesuatu negara.Walaupun berbeza pendapat dan pandangan terhadap parti politik namun ini adalah penting dalam memjayakan sistem demokrasi berpelembagaan yang diterapkan di negara Malaysia.Justeru setiap inci masyarakat di Malaysia yang layak mengundi diwajibkan mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka kepada mereka.

KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan 
rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah 
serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan 
kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya
Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai 
pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan 
pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan 
Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di 
Negara kita

Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai 
pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses 
demokrasi Negara kita

Wednesday 7 October 2015

FUNGSI SPR

  •  Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian bahagian pilihan raya
  • Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
  • Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
  • Mendaftarkan calon calon yang bertanding dan memastikan calon calon                 memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan


Bagi menjalankan dan menyelaraskan urusan pilihan raya,SPR juga telah menubuhkan sebuah urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang juga bertindak sebagai ketua eksekutif dan ketua urus setia dengan dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.Bagi memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif,adil dan saksama,usus setia SPR dari semasa ke semasa.

BILANGAN KERUSI/KAWASAN

  Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian piihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan negeri.



PENAMBAHBAIKAN PRU-13





Penambahbaikan PRU

a) pengunaan dakwat kekal

b) pengundian awal

c) bantahan dan penarikan diri calon

d) susun atur tempat mengundi

e) orang yang boleh dipercayai oleh OKU

f) kempen kesedaran anti rasuah

g) manifesto di media elektronik kerajaan

h) pemerhati pilihan raya




Monday 21 September 2015

VIDEO ANIMASI CARA MENGUNDI SEMASA HARI MENGUNDI

AHLI KUMPULAN

  • WAN MUHAMMAD ASYRAAF BIN WAN NAZLI                      (16DGU15F1037)
  • MOHAMAD FAHIM B. MOHAMAD LOKMAN                           (16DGU15F1035)
  • MUHAMMAD FAIZZ BIN DAHARIN                                            (16DGU15F1034) 
  • MUHAMMAD HAIYYIMUIZZ BIN TAUFEK                               (16DGU15F1081)

SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA

PENDAFTARAN PEMILIH

Syarat penting untuk mengundi dalam pilihan raya adalah mendaftar dengan SPR. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika:

  • Seorang warganegara Malaysia.
  • Berum ur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
  • Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
  • Tidak hilang kelayakan


HILANG KELAYAKAN PEMILIH
   
   Seorang pemilih akan hilang kelayakan jika sekiranya dirinya:
  • Tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara pada tarikh kelayakan.
  • Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Telah memprolehi kerakyatan asing.


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  
   Semakan daftar pemilih dijalankan sepanjang tahun, daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali, kemudian pendaftaran tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Perkara ini disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.



KELAYAKAN CALON
  •  Warganegara Malaysia dan bermastautin  di negara ini.
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
  • Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.

CALON KEHILANGAN  KELAYAKAN SEKIRANYA:
  • Tidak siuman
  • Bankrap
  • Memegang jawatan berkepentingan  office of profit.
  • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raa.
  • Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia.
  • Telah memprolehi kerakyatan asing. 

SISTEM PILIHAN RAYA


  Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan 
"FIrst-Past-The-Post-System". Calon-calon yang memproleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

  Bagi memudahkankan pelaksaanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. 



UNDANG-UNDANG & PERATURAN PILIHAN RAYA

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri
  • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2002



PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

  Sebagai sebahagian daripada fungsii utamanya, SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri. SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Sunday 20 September 2015

FUNGSI PILIHANRAYA


1.    Menubuhkan kerajaan demokrasi
2.    Mengekalkan pucuk pimpinan
3.    Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
4.    Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik
5.    Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen
6.    Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
  •       SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,bilangan SPR telah ditambah pada 3 orang


  •      Pada tahun 1981,pindaan keatas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang timbalan pengerusi.Pada tahun 2002,pindaan kepada perlembagaan persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi 7 orang


  •       Ahli ahli SPR oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja Raja.Ahli ahlinya terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan 3 orang ahli lain yang akan membantu dan syarat kelayakan ahli SPR ialah :-

  1.  UMUR TIDAK BOLEH MELEBIHI 65 TAHUN
  2.  SEORANG YANG TIDAK MUFLIS
  3.  TIDAK MEMEGANG JAWATAN BERGAJI YANG LAIN
  4.  BUKAN MANA MANA AHLI POLITIK DARI MANA MANA MAJLIS PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI



SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA


Pada 27julai 1995,pilihan raya persekutuan yang pertama di tanah melayu telah diadakan:-

  • ·        Parti PERIKATAN  terdiri daripada UMNO,MCA, dan MIC.PERIKATAN bertanding di kesemua 52 kerusi,seorang bagi setiap kawasan pilihan raya.


  • ·        Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon


  • ·        Parti Islam Se-tanah Melayu(PAS) dengan 11 orang calon


  • Parti parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah parti buruh,parti kemajuan Perak,pertubuhan kebangsaan perak dan pertubuhan melayu


Setelah selesai kiraan undi,PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi dan kerusi yang sebuah lagi dimenangi PAS

Dalam demokrasi berpalimen,rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil wakil dewan undangan negeri untuk mengetuai kerajaan negeri

Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen,pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Bagi Sabah dan Sarawak tempohnya lebih panjang iaitu 90 hari

Saturday 19 September 2015

APA ITU PILIHAN RAYA ?

Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri, Secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur, Walau bagaimanapun, pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai menang. Kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan majoriti mudah. Keseluruhanya, pilihan raya adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmati oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi,iaitu pada tahun 1951 dan 1955.