Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan
rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah
serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan
kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya
Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai
pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan
pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan
Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di
Negara kita
Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai
pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses
demokrasi Negara kita
No comments:
Post a Comment